Friday, September 25, 2009

Mata Hati



"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan meraka beberapa syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan hamba-hamba-Nya."
(Surah Ali 'Imran 3:15)

Syurga Dunia

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,
bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan
seala sesuatu untuk meraih syurga akhirat.
Aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan
pernah dapat aku raih kecuali aku boleh
menikmati syurga dunia terlebih dahulu.

"Maka rumah dan keluargaku adalah syurga
dunia paling indah buatku. Tempat kerja,
syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat
dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih
luas. Ke mana pun dan sampai bila-bila pun
syurgaku selalu bersamaku..."

Kata2 oleh Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim Rabbani,
-Majalah Solusi No. 11-

Syawal 1430 H


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, September 22, 2009

Keredaan Ilahi


Seringkali kita mengejar harta kemewahan agar kebahagiaan dapat dibeli... Pangkat dan jawatan besar sering menjadi rebutan dan idaman hati agar kita sentiasa dipandang hebat oleh sesama kita.. Wang ringgit sering dikejar demi kepuasan diri... Sampai bila? Ingatlah Sunatullah.. Harta, pangkat & wanita dijadikan Allah untuk menguji kita... Jangan biarkan hawa nafsu terpedaya sehingga kita semakin jauh dari Yang Maha Esa.. Diciptakan kita untuk memperhambakan diri kepada-Nya.. Sudahkah kita menjadi hamba Allah yang sempurna?? Tepuk dada tanya iman... Erti kebahagiaan ialah hidup dalam lingkungan 'Keredaan Allah'... Semoga keredaan Allah swt, sentiasa menjadi idaman hati kita... Insyaallah..