Friday, September 25, 2009

Mata Hati



"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan meraka beberapa syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan hamba-hamba-Nya."
(Surah Ali 'Imran 3:15)

Syurga Dunia

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,
bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan
seala sesuatu untuk meraih syurga akhirat.
Aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan
pernah dapat aku raih kecuali aku boleh
menikmati syurga dunia terlebih dahulu.

"Maka rumah dan keluargaku adalah syurga
dunia paling indah buatku. Tempat kerja,
syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat
dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih
luas. Ke mana pun dan sampai bila-bila pun
syurgaku selalu bersamaku..."

Kata2 oleh Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim Rabbani,
-Majalah Solusi No. 11-

No comments:

Post a Comment