Monday, October 26, 2009

Bersabarlah Memimpin..


Setiap hamba ALLAH SWT harus sedar akan tanggungjawab yang diamanahkan oleh-Nya untuk memimpin orang-orang dibawah tanggungannya. Setiap kita adalah pemimpin...pemimpin kepada keluarga, pemimpin terhadap masyarakat dan sebagainya. Dalam hidup ini kita tidak akan terlepas dari amanah ini.. Berbagai ujian yang tersedia untuk kita melaksanakan tanggungjawab ini. Agar kita berjaya memimpin, ikutlah panduan yang telah disediakan iaitu Al-Quran & Assunnah... Tuntulah ilmu agar kita mampu memimpin mengikut seperti yang diperintahkan. Semoga kita beroleh kejayaan di dunia & akhirat, Insyaallah.. Sesungguhnya, Rasulullah diutuskan oleh ALLAH SWT untuk kita dan semua umat manusia menjadikan ikutan dan 'role model' terbaik agar kita menjadi khalifah di muka bumi ALLAH ini. Berdoalah semoga ALLAH memudahkan kita untuk mencontohi Rasullullah SAW sekaligus mencintainya.

Sunday, October 25, 2009

Mudahnya untuk gagal..


Gagal...memang mengecewakan... Berani untuk menghadapi kegagalan rasanya istilah yang kurang tepat untuk kita gunakan. Kerana kita berusaha untuk kejayaan bukan untuk kegagalan...cuma kebiasannya usaha kita akan menghadapi kegagalan. Tapi dengan kegagalan akan beroleh 1 kejayaan @ kekuatan... Jadi kalau kita gagal 2@3 kali bererti 2@3 kejayaan bakal kita kecapi.. Insyaallah.

Dunia diciptakan untuk kita menempuh dugaan dan ujian..Bukan untuk bersenang-lenang..Selagi kita hidup selagi itu dugaan akan datang silih berganti. Setiap kali masalah atau ujian datang pada diri kita adalah untuk kita sabar menempuhnya bukan berusaha untuk kita menghindarinya.. Setiap kali kita mengelak diri dari menempuh 1 masalah semakin lambat kita beroleh kejayaan..dan semakin bertambah masalah dan dugaan yang perlu kita tempuhi.. Dunia adalah tempat yang penuh dengan masalah..Dari kita dilahirkan hinggalah kita menemui ajal kita...Masalah...masalah...masalah...PAhit...pedih..semua ada... Kenapa???? Kerana Allah ciptakan syurga..Syurga itu terlalu indah...Tidak dapat digambarkan... Hanya Allah yang tahu.

Untuk GAGAL adalah jauh lebih mudah dari mencipta KEJAYAAN. Seorang murid hanya perlu :
1. Ponteng kelas, atau
2. Hanya lihat kertas soalan hingga habis watu ujian, atau
3. Tido semasa ujian dijalankan, atau
4. Lukis muka doremon banyak2 dalam kertas jawapan atau
5. Buat tak tau je masa ujian..

Macamana?? Senangkan untuk GAGAL.....
Gagal semasa peperiksaan SPM atau di IPT ada peluang untuk kita ulang paper..3-4 kali try & usaha akan lulus, Insyaallah..

Hakikatnya kita diciptakan untuk kehidupan abadi...Ya, ALLAH menjadikan manusia untuk satu kehidupan yang abadi..tapi bukan di sini... akhiratlah tempatnya.. Gagal menurut perintah ALLAH swt di dunia umpama kita menempah satu tempat paling dasyat di neraka.. Na'uzubillah.. Bersusah payahlah kita sekarang agar bersenang lenang di akhirat kelak..Insyaallah.. Kuatkanlah iman, tambahlah ilmu dan amalkannya semoga ALLAH meletakkan kita diempat yang istimewa di akhirat, negeri nan abadi

Friday, October 23, 2009

Hiduplah semasa bernyawa


Macam pelik!?? Tak pelik pun sebab kita sering mati sebelum mati...Aiitt..lagi pelik. Tiada apa yang nak dipelikkan.. tapi itulah hakikatnya. "Ketahuilah bahawa, di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Kalau baik ia, maka baiklah seluruh tubuh itu. Ketahuilah segumpal daging itu adalah hati." Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim
Yang dinamakan mati sebelum mati ialah hati yang mati sebelum roh berpisah dari jasad. Kalau hati mati, xde makna hidup..Buat apa2 perkara pun tak sedar. Bahaya.. terutama dalam ibadah solat. Tubuh sujud hati tak sujud...tubuh ruku' hati tak ruku'. Dah tu hati sujud kat siapa?? Na'uzubillah..Semoga hati kita semua sujud pada ALLAH swt.

Hati yang mati juga boleh diubat dengan membanyakkan ingat akan kematian. Ingtalah kita akan kematian itu datang dengan tiba2..Tua, muda, kecil atau besar bukan menjadi ukuran siapa yang bakal mati dulu.. Syair Arab ada menukilkan :


Berapa ramai anak-anak muda
yang sedang bermain
pagi dan petang
sedangkan kain-kain kafannya dah mula dikoyakkan orang
tapi dia tak tahu?

Berapa ramai anak kecil yang diharapkan lahir
menjadi orang hebat

tetapi mati sejurus selepas dilahirkan?
Dan berapa ramai gadis yang dihias indah
pada malam pengantinnya

rupa-rupanya pada keesokan harinya orang datang
untuk menguruskan jenazahnya.

Wallahualam..
(Edisi :Untuk Aku yang selalu lupa..)

Saturday, October 17, 2009

Thursday, October 8, 2009

Fikirlah dosa dan pahala


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Aku sering lupa mengejar mata wang akhirat yg kekal abadi... Aku sering mengejar mata wang dunia yg pasti habis..yang sekejap lenyap...wahai aku..Kejarlah akhirat tp jangan sampai tinggalkan duni..kerana dunia adalah jambatan ke akhirat...Carilah sekadar perlu..

Untuk Kami....

' Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu, dan nafkahkanlah yang selebinya untuk bekal akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban kepada orang lain. Sebaliknya jangan engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai tadi itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau berteman dengan orang yang bermuka dua, kerana akan membahayakan mu'

-Luqman Hakim-

Tuesday, October 6, 2009

Saya LAgi...


Dah lama saya tak jumpa ayah saya... Saya kat umah nek Kelantan...ayah kat melaka... Ayaaahhh (;

Hari Raya


Assalammualaikum... Jangan kacau...saya nak tido.. Ngantuk ni..baru lepas tolong nek long wat ketupat...selamat hari raya

Saturday, October 3, 2009

La Tahzan


Sahabatku...
Dulu semalam dan hari ini,
kau melihat generasi demi generasi,
menghancurkan kehidupan mereka dengan
mengingkari ALLAH,
Lalu kau tunduk kesedihan & kebuntuan..

Aku benar-benar kebingungan dan bertanya:
Apa yang harus ku lakukan untuk menebus
kelelahan umat ini??

Jawabku bukankah kau adalah dai'i dan mujahid??!

Katamu lagi:
Tapi langkahku terlalu lambat...
Jawabku kau lambat kerana
kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu..
Mengejar impianmu dan lupa akan hari kebangkitan..
Pada hari itu amalmu terbentang,
tubuhmu terbuka...
Apakah di sana ada bekalmu..

"Pada akhir zaman, orang -orang yang memegang
tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api,
andai terus digenggam hancur luluh jiwanya.
Namun andai dilepaskan, hancurlah dunia.
Jangan takut untuk berjuang, kerana orang-orang
yang berjuang ini memang dirintangi ujian.
Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama
orang-orang yang sabar..

Kita hidup untuk perjuangan
dan mati untuk kehidupan...
Syurga impian..."

-Imam Nawawi-