Friday, October 23, 2009

Hiduplah semasa bernyawa


Macam pelik!?? Tak pelik pun sebab kita sering mati sebelum mati...Aiitt..lagi pelik. Tiada apa yang nak dipelikkan.. tapi itulah hakikatnya. "Ketahuilah bahawa, di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Kalau baik ia, maka baiklah seluruh tubuh itu. Ketahuilah segumpal daging itu adalah hati." Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim
Yang dinamakan mati sebelum mati ialah hati yang mati sebelum roh berpisah dari jasad. Kalau hati mati, xde makna hidup..Buat apa2 perkara pun tak sedar. Bahaya.. terutama dalam ibadah solat. Tubuh sujud hati tak sujud...tubuh ruku' hati tak ruku'. Dah tu hati sujud kat siapa?? Na'uzubillah..Semoga hati kita semua sujud pada ALLAH swt.

Hati yang mati juga boleh diubat dengan membanyakkan ingat akan kematian. Ingtalah kita akan kematian itu datang dengan tiba2..Tua, muda, kecil atau besar bukan menjadi ukuran siapa yang bakal mati dulu.. Syair Arab ada menukilkan :


Berapa ramai anak-anak muda
yang sedang bermain
pagi dan petang
sedangkan kain-kain kafannya dah mula dikoyakkan orang
tapi dia tak tahu?

Berapa ramai anak kecil yang diharapkan lahir
menjadi orang hebat

tetapi mati sejurus selepas dilahirkan?
Dan berapa ramai gadis yang dihias indah
pada malam pengantinnya

rupa-rupanya pada keesokan harinya orang datang
untuk menguruskan jenazahnya.

Wallahualam..
(Edisi :Untuk Aku yang selalu lupa..)

No comments:

Post a Comment